Zaleha Hamid sudah pulih dari penyakit

blogger templates

Ingat lagi tak Zaleha Hamid, sebelum ini beliau pernah keluar di Melodi, TV3 (— penulis tidak ingat Melodi episod keberapa). Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gadis Zaman Sekarang, Joget Lama Tak Jumpa dan Jangan Tenung-Tenung berdepan dengan ujian hidup apabila menderita penyakit ketumbuhan batu dalam hempedu sejak setahun lalu.


Selepas menjalani pembedahan hampir tujuh jam untuk mengeluarkan tiga biji batu sebesar guli dalam hempedu pada 27 Februari lalu, penyanyi veteran dangdut, Zaleha Hamid, 53, kini menunjukkan perubahan positif apabila tahap kesihatannya semakin baik dan memberangsangkan.

“Dulu, ketika penyakit ini mula dikesan. Saya rasa sakit di ulu hati sehingga sukar bernafas. Bertambah teruk., apabila rasa sakit terus melarat hingga ke bahagian belakang badan dan akhimya menyebabkan saya tidak larat berjalan,” katanya.

“Ketika zaman 70-an, saya menjalani pembedahan apendiks dan ini menyebabkan makanan yang tidak hancur terus memasuki saluran hempedu.

“Keadaan menjadi parah apabila makanan yang tidak hancur membentuk beberapa ketulan batu dalam hempedu membuatkan saya merasa sakit teramat sangat,” katanya.

0 Response to "Zaleha Hamid sudah pulih dari penyakit"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih