(Gambar) Diana Danielle menangis masuk PLKN

blogger templates
“Perasaan saya berampur aduk antara gembira dan sedih. Seronok kerana pelbagai aktiviti (yang akan diadakan) di kem, pada masa sama saya pasti merindui ibu di Kuala Lumpur,” kata pelakon remaja Diana Danielle yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mulai semalam.Diana, 17, bersama ratusan remaja mendaftar di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor untuk menjalani latihan bina sahsiah dan jati diri selama tiga bulan.

Remaja popular itu ditemani ibunya, Norsiah Ramli serta beberapa kenalan terdekat di pekarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil di sini, semalam, sebelum bertolak ke kem berkenaan.

Menurut Diana, dia gembira kerana tetap berpeluang menjalani program PLKN sekali gus melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

0 Response to "(Gambar) Diana Danielle menangis masuk PLKN"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih