(Gambar) Perkahwinan Nik Sayyidah (Mek - Nasi Lemak Kopi O) Posted on 17 March 2009

blogger templates
WALAUPUN selepas bergelar isteri, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Mek menerusi rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang disiarkan TV9, tetap akan meneruskan kerjaya dalam bidang pengacara dan lakonan.

Nik Sayyidah yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hariff Ghazali yang juga Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan, dia mendapat restu suaminya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Nik Sayyidah yang kini dikenali menerusi drama bersiri Julia Juli, baru saja selesai penggambaran filem Senario The Movie Episod II, The Beach Boy. Dalam Julia Juli, Nik Sayyidah membawakan watak Jula mengisahkan tiga puteri kayangan dimurkai ayahanda sebelum diusir ke bumi.

Menceritakan masa depannya, Nik Sayyidah yang akan meneruskan rancangan sebagai hos Nasi Lemak Kopi O, berkata minggu depan dia akan memulakan penggambaran beberapa drama episod keluaran Astro dan RTM.



0 Response to "(Gambar) Perkahwinan Nik Sayyidah (Mek - Nasi Lemak Kopi O) Posted on 17 March 2009"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih