Leina Hangat akad nikah pagi ini

blogger templates

15



Pada malamnya, mereka bakal bersanding di Bora Ombak, Ampang yang berkonsepkan warna putih dan perak. Tidak ramai jemputan, kata Leina, sekitar 300 orang saja kenalan terdekat, termasuk keluarga kedua-dua pihak.

Penyanyi Ceria Di Dalam Gundah ini pernah berkahwin dengan warga Perancis tetapi berpisah selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga.

Selepas hampir enam tahun ‘solo’, Leina, 35, dipertemukan dengan Zaipul, 37, lebih kurang setahun lalu.

Leina menerima sembilan dulang hantaran dan membalas 11 dulang untuk pihak lelaki.

Ditanya mengapa tarikh 8 Mac dipilih, Leina mengakui mereka menyukai angka lapan. Kebetulan hari ini juga bersamaan 11 Rabiulawal 1430 Hijrah, kalau dicampur angka tahun itu bersamaan lapan.

Semoga perkahwinan Leina kali ini berpanjangan ke nafas terakhir.

Melihatkan Zaipul, CAK percaya lelaki berasal dari Terengganu ini mampu membawa kebahagiaan buat Leina yang cekal dalam hidup.

0 Response to "Leina Hangat akad nikah pagi ini"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih