(Gambar) Ekin di Perhimpunan Agung Umno ke-59

blogger templates
Kehadiran selebriti, Nora’asikin Rahmat, 29, atau lebih dikenali sebagai Ekin di gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Umno ke-59 di sini, semalam, mengundang perhatian bukan saja perwakilan, malah pengunjung serta peniaga.Ekin datang bersama kembarnya, Nora’ain atau Aien, mengakui tidak menyangka keadaan sedemikian kerana tujuannya ke situ hanya mahu melihat gerai jualan di kawasan terbabit.

Dia menjadi bahan usikan kerana masih ramai menganggapnya pengantin baru.

“Keadaan ini menyebabkan saya malu dan tersipu-sipu kerana tidak tahan dengan usikan mereka.

Ekin berkesempatan mempromosikan tudung koleksi Ariani, terutama Tiara Umno yang direka khas sempena perhimpunan itu.

Menurut Penolong Pengarah Urusan syarikat mengeluarkan tudung itu, Norhana Sharkhan, pihaknya menyediakan 200 tudung rekaan khas itu untuk menambat hati perwakilan Wanita dan Puteri selain tetamu kenamaan.

Katanya, tudung itu direka pakar menggunakan batu berkualiti, swarovski yang ditata hias menjadi lambang Umno.

“Kami datangkan dalam dua warna menarik iaitu merah melambangkan Wanita Umno, manakala merah jambu untuk Puteri dengan harga antara RM129 hingga RM149 sehelai bergantung kepada saiz.

“Saya percaya tudung Tiara Umno bakal menarik perhatian perwakilan dan tetamu dijadikan cenderamata,” katanya yang mensasarkan jualan lebih RM50,000 sehari.

Selain Tiara Umno, Ariani menawarkan tudung pelbagai jenis, termasuk selendang dan tudung diperagakan Ekin pelbagai peringkat masyarakat daripada harga serendah RM69 sehingga RM250.

0 Response to "(Gambar) Ekin di Perhimpunan Agung Umno ke-59"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih