Diana & Sunu Matta Hanya Teman?

blogger templates
KEBETULAN rakan CAK ke Jakarta, Selasa lalu, dan berpeluang menemubual kumpulan Matta yang popular dengan lagu Ketahuan.

Tujuan pertemuan itu adalah untuk promosi album baru Matta berjudul PerMatta yang bakal dilancarkan di Indonesia 25 April ini. Dalam temubual berkenaan sempatlah mereka memperdengarkan ‘single’ untuk album itu berjudul ‘Ada Yang Marah’.

Bersungguh-sungguh mereka bercerita mengenai rahsia lagu itu. Mereka beritahu lagu berkenaan terhasil daripada kisah benar yang dilalui pemain bass dan keyboard, iaitu Stay dan Yudhie. Ia mengisahkan mengenai seorang lelaki menggoda wanita yang sudah ada teman lelaki.

Apabila diimbas kembali kisah Matta yang pernah berkunjung ke negara ini, nampaknya ada ‘sesuatu’ dengan lagu itu. Biarlah mereka dengan penjelasan berkenaan, tetapi ada logiknya lagu itu ditujukan kepada orang lain.

Ingat lagi kisah Diana Danielle dan penyanyi Matta, Sunu? Dulu, bukankah mereka berdua pernah digosipkan sehingga timbul khabar angin mengatakan perbalahan Diana dan kekasihnya Syamsul Yusof berpunca daripada gosip berkenaan.

Si Sunu ditanya mengenai hal berkenaan, tetapi dia menafikan lagu Ada Yang Marah mempunyai kaitan dengan Diana. Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Diana, Sunu jadi menggelabah dan meminta supaya tidak ditanya soalan berkaitan peribadi. Berkali-kali ditanya, ‘no komen’, katanya.

Pandai Sunu mengelak. Namun, di akhir pertemuan rakan CAK beritahu Sunu mengakui Diana temannya, tetapi bukan ‘teman baik’. Maksudnya mereka berkawan saja. Baguslah begitu. Berkawan dulu, nanti lama kelamaan boleh jadi kekasih. Tak salah bukan?

0 Response to "Diana & Sunu Matta Hanya Teman?"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih