Skandal peserta realiti televisyen

blogger templates
CAK terkejut beruk mendengar cerita seorang peserta rancangan realiti televisyen mengenai perangai rakannya yang juga bertanding dalam program sama. Menurutnya, ada skandal berlaku baru-baru ini membabitkan peserta lelaki dan wanita.

Kejadian berkenaan bukan baru, tetapi bermula pada awal musim program yang masih ditayangkan itu. Rupa-rupanya ramai mengetahui hubungan sulit mereka, tetapi mendiamkannya kerana kasihan dengan kekasih peserta lelaki itu yang saban minggu hadir menonton secara langsung sebagai sokongan kepada yang tersayang.

CAK juga diberitahu, peserta wanita itu dikatakan suka menggoda setiap peserta lelaki namun tidak dilayan. Seorang demi seorang dirapatinya, tetapi entah mengapa si jejaka yang mempunyai kekasih ini pula yang rebah dalam pelukan gadis mentah itu. Malah, ada pihak memberitahu, kedua-duanya pernah ‘kantoi’ dalam satu selimut di bilik penginapan peserta.

Gemuruh CAK apabila mendengar cerita seperti ini. Kalau pun mengikut nafsu muda, jangan lupa dosa dan pahala. Industri hiburan kita ini kecil saja, cerita sebegini mudah tersebar.

CAK tidak pandai untuk menasihati manusia begini sebab CAK percaya, ibu bapa masing-masing sudah cukup mengajar dan mendidik mereka mengenai hukum-hakam agama.

0 Response to "Skandal peserta realiti televisyen"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih