Penyanyi janda merokok di khalayak ramai

blogger templates
SATU petang yang indah dan damai, CAK dan beberapa rakan buat sesi minum petang di restoran di KLCC. Kononnya nak merehatkan kaki selepas penat ‘bertawaf’ satu KLCC.

Dalam berjalan-jalan itu, teman CAK terserempak dengan seorang penyanyi yang baru-baru ini bergelar janda duduk minum dengan dua temannya.

Tak kisahlah, mungkin mereka juga seperti CAK dan rakan. Lepak dan rehat. Namun, yang menyakitkan mata kami apabila penyanyi itu tanpa segan silu menghisap rokok di depan khalayak ramai, seolah-olah berasa bangga dengan perbuatan itu.

Orang di sekeliling tentu perasan muka artis. Ramai memandang sinis dan menggelengkan kepala dengan apa yang mereka lihat. Walaupun penyanyi itu tidaklah popular mana, tetapi pelanggan restoran itu tetap terkejut melihat perihalnya.

Pemakaiannya sukar untuk CAK nyatakan sebab dia memang terkenal dengan fesyen dedah ini. Jadi CAK ‘no comment’.

0 Response to "Penyanyi janda merokok di khalayak ramai"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih