RM2 Ribu atau Penjara 3 Bulan

blogger templates
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan permohonan pelakon, Ako Mustapha untuk menangguhkan hukuman penjara tiga bulan yang dijatuhkan ke atasnya dengan syarat beliau perlu membayar bon jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin kakitangan awam.

Ako bagaimanapun masih perlu membayar denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan pagi tadi. Bon jaminan itu perlu dijelaskan pada hari ini juga sebelum pejabat mahkamah ditutup.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha kelihatan terpinga-pinga dan terdiam semasa Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.

Wan Mahyuddin bagaimanapun membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

0 Response to "RM2 Ribu atau Penjara 3 Bulan"

Post a Comment

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih